Wednesday, March 3, 2021

DIMENSI BARU KRAF ALAT PERTAHANAN DIRI

KERIS

a) Bahan-bahan 

- Kotak/kad board

- Pensel

- Pembaris

- Gunting

- Watercolour/pensel warna

- Kertas warna/kertas lukisan

- Gam 

b) Proses 


1. Lukis keris atas kertas lukisan.

2. Warna lukisan keris tersebut. 

3. Buat outline warna hitam pada keseluruhan lukisan keris.

4. Kemudian gunting lukisan keris tersebut.

5. Ambil kotak dan tekapkan lukisan keris tersebut di atas kotak.

6. Gunting bentuk keris yang telah ditekapkan tadi.

7. Gamkan lukisan keris tadi dan letak di atas kotak yang telah dipotong tadi.





PEDANG

a) Bahan- bahan : 

- Kertas A4 berwarna
- Pembaris
- Gam 
- Pensel
- Gunting

b)  Teknik 

Pelbagai teknik untuk menghasilkan alat pertahanan diri seperti pedang dan keris. Salah satunya adalah teknik lipatan. Seperti mana yang ada dalam video tersebut. Dengan menggunakan teknik lipatan pada kertas secara kreatif ia dapat menghasilkan pedang.

c) Proses : 

1. Lipatkan kertas a4 dengan ukuran pembaris.


2. Gam di bahagian terakhir kertas itu.


3. Lukis garisan melintang di hujung kertas.


4. Gunting di bahagian garisan tadi.


5. Ambil kertas biru yang bersaiz segi empat sama.


6. Lipatkan kepada dua bahagian dan gunting.



7. Ambil kertas yang telah digunting tadi dan lipat seperti yang ditunjukkan.


8. Ambil kertas putih tadi, kemudian letak di atas helaian kertas biru yang telah dilipat kecil.


9. Gamkan di bahagian tersebut.


10. Kemudian lipat kertas biru itu mengikut bentuk kertas putih dan gamkan di hujungnya.



11. Ambil helaian kertas biru yang masih tidak digunakan lagi, lipat kepada dua sama saiz sebanyak dua kali.


12. Gamkan lipatan lipatan supaya menjadi satu.


13. Tanda kertas biru yang telah digamkan tadi mengikut saiz kertas warna putih.


14. Potong mengikut saiz ukuran tadi.


15. Masukkan bahagian putih ke dalam bahagian biru tersebut. 



       
     

                                      


No comments:

Post a Comment

SEJARAH TENTANG KRAF TRADISIONAL ALAT PERTAHANAN DIRI

   Senjata tradisional mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Melayu dan ia bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diwarisi oleh...