Wednesday, March 3, 2021

SEJARAH TENTANG KRAF TRADISIONAL ALAT PERTAHANAN DIRI

  Senjata tradisional mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Melayu dan ia bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diwarisi oleh orang Melayu. Sejarah tentang senjata tradisional di Malaysia amat berkait dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Alat pertahanan diri merupakan senjata yang diguna untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat pertahanan diri juga menjadi bahan dalam majlis-majlis yang berunsur alam ghaib serta menjadi satu lambang keberanian pahlawan-pahlawan melayu. Sesetengah manusia mempercayai bahawa senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mereka mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Corak-corak pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri untuk menggambarkan daya imaginasi orang melayu sejak zaman- berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang mempunyai banyak asal- usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka dengan melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala maksud yang tersurat dan tersirat.

INFO TENTANG ALAT PERTAHANAN DIRI

  Alat pertahanan diri tradisional mempunyai pelbagai jenis. Salah satunya adalah keris yang merupakan sejenis alat senjata melayu yang pendek dan digunakan sejak 600 tahun lebih. Keris ini boleh didapati di kawasan penduduk Melayu seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei atau Filipina Selatan. Ia digunakan dalam seni pertahanan diri seperti silat. Keris juga menjadi sebagai alat kebesaran diraja kerana ia melambangkan kedaulatan orang Melayu. Keris Taming Sari merupakan keris paling masyhur oleh kerana ianya merupakan senjata Hang Tuah. 

   Selain itu, pedang merupakan senjata tajam yang memiliki bilah yang panjang dan mempunyai satu atau dua sisi tajam. Jika dibandingkan dengan senjata lain, pedang biasanya memiliki prestij yang tinggi. Walaupun terdapat pedang yang dibuat daripada emas, ianya adalah sebagai hiasan sahaja. Bilah pedang biasanya akan dibuat daripada logam seperti baja atau besi. Untuk sesi latihan biasanya mereka akan menggunakan pedang kayu, meskipun ia dibuat daripada kayu ianya masih berbahaya.

CONTOH KRAF TRADISIONAL ALAT PERTAHANAN DIRI

 

Pedang Buaya 



Keris

DIMENSI BARU KRAF ALAT PERTAHANAN DIRI

KERIS

a) Bahan-bahan 

- Kotak/kad board

- Pensel

- Pembaris

- Gunting

- Watercolour/pensel warna

- Kertas warna/kertas lukisan

- Gam 

b) Proses 


1. Lukis keris atas kertas lukisan.

2. Warna lukisan keris tersebut. 

3. Buat outline warna hitam pada keseluruhan lukisan keris.

4. Kemudian gunting lukisan keris tersebut.

5. Ambil kotak dan tekapkan lukisan keris tersebut di atas kotak.

6. Gunting bentuk keris yang telah ditekapkan tadi.

7. Gamkan lukisan keris tadi dan letak di atas kotak yang telah dipotong tadi.





PEDANG

a) Bahan- bahan : 

- Kertas A4 berwarna
- Pembaris
- Gam 
- Pensel
- Gunting

b)  Teknik 

Pelbagai teknik untuk menghasilkan alat pertahanan diri seperti pedang dan keris. Salah satunya adalah teknik lipatan. Seperti mana yang ada dalam video tersebut. Dengan menggunakan teknik lipatan pada kertas secara kreatif ia dapat menghasilkan pedang.

c) Proses : 

1. Lipatkan kertas a4 dengan ukuran pembaris.


2. Gam di bahagian terakhir kertas itu.


3. Lukis garisan melintang di hujung kertas.


4. Gunting di bahagian garisan tadi.


5. Ambil kertas biru yang bersaiz segi empat sama.


6. Lipatkan kepada dua bahagian dan gunting.



7. Ambil kertas yang telah digunting tadi dan lipat seperti yang ditunjukkan.


8. Ambil kertas putih tadi, kemudian letak di atas helaian kertas biru yang telah dilipat kecil.


9. Gamkan di bahagian tersebut.


10. Kemudian lipat kertas biru itu mengikut bentuk kertas putih dan gamkan di hujungnya.



11. Ambil helaian kertas biru yang masih tidak digunakan lagi, lipat kepada dua sama saiz sebanyak dua kali.


12. Gamkan lipatan lipatan supaya menjadi satu.


13. Tanda kertas biru yang telah digamkan tadi mengikut saiz kertas warna putih.


14. Potong mengikut saiz ukuran tadi.


15. Masukkan bahagian putih ke dalam bahagian biru tersebut. 



       
     

                                      


SEJARAH TENTANG KRAF TRADISIONAL ALAT PERTAHANAN DIRI

   Senjata tradisional mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Melayu dan ia bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diwarisi oleh...